Ap a b i l a A b a n g Im B e r b i c a r a..........Bicaranya Indah!

Jumaat, 31 Disember 2010

Mungkin Aku disapa Malaikatl Maut

Maaf kerana aku culas. Culas kepada teman-teman. Pertama dan yang aku mohon berbanyak-banyak maaf kepada Dr. K. Ini kerana kelambatan menyiapkan projek yang sedang kita sama-sama tukangi. Maaf Dr. Kedua kerana tidak menghubungi teman-teman pada akhir-akhir tahun 2010. Bukan kerana aku malas menghubungi tetapi juga malas untuk dihubungi. Ini kerana dua sebab yang mungkin satunya akan aku beritahu. Yang satu lagi biarlah aku simpan sebagai sejarfah dalam hayat ini. Ini kerana yang kedua itu terlalu peribadi sifatnya. Sekali lagi aku minta maaf kepada Dr kerana tidak menghubungi beliau hingga saat aku menulis blog ini. Pada akhir-akhir tahun ini (kurang lebih lima hari sakit melingkari hidup ini). Aku terpaksa berbarng diranjang kerana deman yang enggan hilang. Semua sendi sakit-sakit dan kerongkong hanya menelan air. Bila ke klinik aku dikatakan deman biasa sahaja. Hingga kini sendi-sendi masih perit. Lalu aku berinterior monolog adakah Malaikat Maut datang menyapa aku. Sedang aku masih belum bersiap apa-apa. Aku masih berhutang dengan keluarga, dengan teman-teman dan juga dengan alam. Di saat aku mencoret blog ini sendi bahu dan lutut masih lagi sengal dan sakit. Pun begitu aku tetap mahu menyiapkan hutangku pada Dr.K. Hari ini ( Sabtu 1/1/2011) aku kembali meulis dan mahu menyiapkan apa yang tertinggal. Jadi kepada teman-teman aku mohon jutaan kemaafan kerana banyak menyusahkan semua. Pada Allah aku mohon keampunan dan syukur kerana menyinggahkan sahaja Malaikat Maut. Dan masih memberikan kesempatan masa untuk memohon maaf atas apa yang telah aku perbuat dosa.
Maaf kerana burung malam tidak mampu terbang tinggi hanya mampu tersenyum melihat alam.
Wassalam.

Isnin, 27 Disember 2010

Bulan Tidak Bersinar Di Puncak BP

Bulan. Pelbagai tanggapan dan retorik. Jika merindu dikatakan "bagai pungguk rindukan bulan". Kalau cantik rupa paras seseorang insan, dikatakan "mukanya umpama bulan purnama". Jika lupa diri dikatakan "bila melihat bulan jangan lupa rumput dijalanan". Pabila kaum hawa marah-marah ditafsirkan "jaga-jaga dia datang bulan". Bagi kaum cetti mereka amat menunggu tibanya hujung bulan. Bagi aku mungkin bulan hujung tahun berada dibalik kelabu awan. Cahayanya cuma menipis di puncak BP. Aku hanya mampu melihat sedikit lingkarannya yang terlalu jauh. Lalu aku bertafakur dan bermuhasabah mungkin dalam perjalan hayat yang tersisa ini aku ada melakukan kekhilafan. Lalu bulan hanya menumpahkan keperangan cahayanya agar aku sedar yang aku perlu banyak mengingati Pencipta bulan. Apa pun aku masih berterima kasih kerana terang cahaya bulan telah melimpah di dingin Lembah Daching serta bersama deruan ombak pantai Port Dickson. Kini aku terpaksa melihat denai baru agar kelambu awan akan sudi terselak dan membantu aku merasai limpahan terang sinar bulan.
Burung malam sedang menanti bulan terbit kembali di dada malam. Dari burung malam yang kejauhan.
Wassalam

Sabtu, 11 Disember 2010

Menyeka Titis Air Mata Terakhir




Maaf kerana culas menulis diblog ini. Bukan apa sudah miskin idea.Mungkin dambaan cuti yang melingkari kini. Apa pun coretan kali ini meminta menungan yang agak mendalam. Titis air mata membawa berbagai-bagai simbol. Simbol gembira. Simbol kecewa. Simbol pilu. Atau simbol yang hanya insan yang terlibat mengetahuinya. Itulah bertapa sukarnya menyukat ciptaan Allah SWT. Apa yang mahu diceritakan ialah, dalam perjalanan aku ketemu dengan satu situasi yang agak sukar. Iaitu satu kumpulan awan yang agak aneh sifatnya. Tidak putih dan juga tidak kelabu. Tetapi warna perang kelabu. Kumpulan awan itu seperti kubah masjid, sederhana besar sedang ditelan oleh mulut yang berahang tajam. Aku melihat kubah itu ditelan hingga selesai. Kemudian kelompok awan(rahang) berpecah umpama sedang gembira setelah kekenyangan.


Terdetik dihati apakah simbol mempunyai tanda bahawa dunia semakin sakit dan menanti mati. Lalu aku menyoal diri sambil bertanya apakah aku mampu menyeka titis airmata terakhir jika dunia tiba-tiba mati waktu itu.


Makanya aku tidak mampu meminta ampun dan maaf pada semua - ahli keluarga, teman-teman dan mereka yang mengenali. Air mata aku menitis kerana simbol-simbol itu. Awan itu indah (warnanya) tapi menginsafkan (simbolnya).




Burung hantu sedang membilang waktu hayat.




Wallahua'lam




Rabu, 1 Disember 2010

Selamat Bertamu di Alam Dewasa.


Tanggal 1 /12/ 2010 seorang anak hamba (anak ketiga) telah selamat didewasakan dengan simbol berkhatan. Simbolik kepada sebuah perjuangan. Perjuangan menahan kesakitan kerana perpisahan sebahagian daripada miliknya sebelum ini. Tapi perjuangan untuk menjadi lebih dewasa cukup banyak meminta daripada kita. Apa pun sebagai umat Islam simbol ini amat-amat dituntut oleh Islam. Itulah perbezaan antara kita dengan umat yang bukan Islam. Kita bergerak kearah kesucian untuk bertemu Maha Pencipta. Sedang mereka masih mengekalkan apa yang telah diberikan biar pun tahu penyimpanannya boleh membawa pelbagai penyakit kelamin. Apa pun abah ucapkan selamat bertamu di alam dewasa dan hidupmu lebih matang untuk menhadapi cabaran mendatang.


Selamat Menjadi Dewasa.


Wassalam.

Burung Malam Kedinginan


Maaf kerana cukup lama tidak mencatat dilaman ini. Ini kerana burung malam kehilangan mata penanya yang tajam dahulu. Tumpul kerana dia berhenti mengembara sebentar. Di diamkan oleh masa cuti yang cukup menakutkan. Di diamkan oleh keperluan yang lebih penting. Jadi burung malam pun kedinginan bukan tidak berselimut tapi kerana ideanya semakin luwes. Jadi untuk menajamkan semula penanya, diharap para pelayar usah meminta penulisan yang mulus-mulus daripada burung yang seekor ini. Kerana dia masih lagi mencari kemana hilangnya daya kreatifnya yang lalu. Setakat detik ini sebenarnya burung malam yang seekor ini masih kedinginan.

Sebenarnya burung malam sedang mengejar bulan di tirai awan.


Wassalam.