Ap a b i l a A b a n g Im B e r b i c a r a..........Bicaranya Indah!

Sabtu, 11 Disember 2010

Menyeka Titis Air Mata Terakhir




Maaf kerana culas menulis diblog ini. Bukan apa sudah miskin idea.Mungkin dambaan cuti yang melingkari kini. Apa pun coretan kali ini meminta menungan yang agak mendalam. Titis air mata membawa berbagai-bagai simbol. Simbol gembira. Simbol kecewa. Simbol pilu. Atau simbol yang hanya insan yang terlibat mengetahuinya. Itulah bertapa sukarnya menyukat ciptaan Allah SWT. Apa yang mahu diceritakan ialah, dalam perjalanan aku ketemu dengan satu situasi yang agak sukar. Iaitu satu kumpulan awan yang agak aneh sifatnya. Tidak putih dan juga tidak kelabu. Tetapi warna perang kelabu. Kumpulan awan itu seperti kubah masjid, sederhana besar sedang ditelan oleh mulut yang berahang tajam. Aku melihat kubah itu ditelan hingga selesai. Kemudian kelompok awan(rahang) berpecah umpama sedang gembira setelah kekenyangan.


Terdetik dihati apakah simbol mempunyai tanda bahawa dunia semakin sakit dan menanti mati. Lalu aku menyoal diri sambil bertanya apakah aku mampu menyeka titis airmata terakhir jika dunia tiba-tiba mati waktu itu.


Makanya aku tidak mampu meminta ampun dan maaf pada semua - ahli keluarga, teman-teman dan mereka yang mengenali. Air mata aku menitis kerana simbol-simbol itu. Awan itu indah (warnanya) tapi menginsafkan (simbolnya).




Burung hantu sedang membilang waktu hayat.




Wallahua'lam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan