Pohon kemaafan kerana kadang-kadang menulis. Kagum dan gembira. Kagum kerana teman-teman mampir keteratak yang serba tidak kemas. Debu-debu hitam simen, terik panas mentari dan makanan yang tak seberapa hidangannya. Jika di teliti perjalanan teman-teman cukup memenatkan untuk ke sini. Kurang lebih dua jam. Tiba di sini yang ada tidak seberapa. Aku minta maaf. Itu sahaja yang ku miliki untuk dihadapkan kepada teman-teman. Sebenarnya aku menjadi takut untuk kekurangan itu. Mengembirakan aku, teman-teman dapat hadir dengan selamat biar pun sedikit tersasar, itu perkara biasa. Kelemahan sebenarnya mendewasakan kita. Maaf, itulah yang aku miliki untuk dipersembahkan kepada teman-teman.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan