Ap a b i l a A b a n g Im B e r b i c a r a..........Bicaranya Indah!

Rabu, 20 Oktober 2010

Salung Yang Bisu

Maaf kerana lama tidak mencoret untuk menjana minda pelayar laman ini. Bukan kerana tidak sudi mencatatkan sesuatu tetapi ada yang perlu didahulukan. Isu kali ini tidak meminta pelayar berfikir keterlaluan. Kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita terpaksa menerima bahawa apa yang dihajati tidak mampu dimiliki semua. Misalnya sesuatu yang kita sayangi pasti akan meninggalkan kita. Itu realiti yang perlu disedari. Kita pernah dipinjamkan oleh Allah SWT dengan sesuatu benda/insan malah udara pun, jadi apabila ia/dia sudah pergi maka kita merasa kehilangan/kesepian. Sebahagian daripada keceriaan/kemesraan atau sebagainya sudah bisu daripada sisi kita. Kesepian itulah yang meminta kita untuk menilai semula sesuatu yang dipinjam tadi bernilai atau tidak. Bagi aku yang sering hilang ialah ilham untuk untuk menulis. Lalu aku terpaksa akui bahawa detik ini, salungku bisu.
Jadinya sebagai insan kita perlu harga sesuatu semasa berada. Menerimanya seadanya dan memberikan bila dipinta.
Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan