Ap a b i l a A b a n g Im B e r b i c a r a..........Bicaranya Indah!

Selasa, 31 Mei 2011

Burung Malam Kekadang Ketiduran.....


Lantaran kesibukan atau mungkin gangguan emosi, membuatkan 'Burung Malam' ketiduran...hingga lupa pada sinar bulan yang setia menyinari walau adakalanya cuba dilitupi awan!

Sabtu, 21 Mei 2011

Buat Mereka Yang Mengirimi Tanda Ingatan ( setiap 16 Mei)

Pertamanya aku ingin mengucapkan terima kasih pada semua atas kiriman tanda ingatan aku sebagai murabbi kalian. Kedua aku menghalalkan semua ilmu yang aku ajar titiskan pada kalian. Gunakanlah ilmu itu dalam perjalanan hayat kalian yang masih terlalu panjang untuk diakhiri dengan nokhtah. Gunakan kejalan kebaikan. Mungkin untuk dirimu pun mungkin pada orang lain. Ingatlah ilmu itu air, ia akan berterusan mengalir biar diempang dengan apa sekali pun. Kalau tidak diguna hari ini mungkin akan berguna di lain masa.Ilmu itu ilham Allah kepada insan untuk menyelesaikan 1001 masalah yang dihidangkan oleh Allah juga. Ibarat komputer menternak virus, hanya syarikat itu jugalah yang tahu ubatnya.






Apa pun pabila membaca setiap kiriman tanpa wajah itu ada ingatan yang lampau singgah dibenak diri ini. Bahawa disini terdapat ingatan:



1. bahawa aku pernah berada disini pada satu ketika dulu - kenangan



11. bahawa aku pernah terhutang budi dengan sesiapa sahaja satu waktu dulu - terima kasih



111. bahawa aku pernah menyakiti hati orang disini pada satu waktu dulu - ampunkan aku



1v. bahawa aku kini tahu bahawa aku semakin tua - hanya memburu usia yang tersisa



v. bahawa aku mungkin gagal mengenali kalian kerana perubahan masa - maafkanlah



vi bahawa aku mungkin menjadi orang yang bongkak dan sombonng - tegurilah keterlanjuran



vii. bahawa aku mungkin sering marah-marah - sabarkan aku.






Terima kasih atas ingatan kalian kepada aku, biarpun kadang kala wajah-wajah kalian ingat-ingat lupa oleh aku. Jika ketemu sapa-sapalah agar aku masih mampu mengenang masa lalu bersama kalian.






Terima kasih Tuhan kerana masih menghantar umurku untuk aku melihat indahnya hidup ini.






Wallahua'alam.

Adap Orang Jauh

Kata Adat Pepatih;

"Orang semenda dengan orang tempat semenda
bagai timun dengan durian
mengolek luka kena golek pun luka"


Begitulah kata adat di atas, bahawa orang tempat semenda /berkodim itu perlu bertingkah laku dengan tepat. Ini penting agar kita (orang luar) tidak dituduh kurang ajar. Segala tindakan kita biar pun benar akan dilihat tidak benar kerana kita akan dituduh tidak kenal adat (itu yang dimaksudkan golek luka kena golek juga luka)


Apa yang mahu dibicarakan kali ini ialah tentang adap. Adap dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu / pergaulan (2005: hlm 7). Jadinya aku sebagai orang jauh juga terikat dengan adap. Perlu berkelakuan mengikut suasana biar pun kadangkala situasi yang ada tidak begitu serasi dengan jiwa aku. Sebagai orang jauh aku terpaksa masuk kandang kambing mengembek" kalau tidak aku dituduh bertindak seperti Lebai Malang yang selalu menongkah arus. Malah mungkin juga aku dituduh orang yang devian / songsang arus atau pun juga dituduh orang yang tidak beradap. Jadinya aku terpaksalah memilih-milih dalam bertindak atas individu atau situasi tertentu agar tidak dikatakan orang yang sering songsang dengan situasi. Jadinya aku lebih suka memilih untuk berdiam daripada mencampuri hal orang lain. Pilihan ini aku buat agar minda aku tidak dikusutkan dengan masalah dan agar hati tidak dihitamkan oleh perasaan syak dan walang. Atau pun mungkin aku akan mengelak diri daripada berada dalam situasi yang tidak perlukan keterlibatan aku. Aku menghindar diri sehingga situasi itu selesai. Bukan aku takut menghadapi masalah tapi aku takut dituduh tidak beradap/kurang ajar. Selebihnya aku takut menjadi mentimun yang digolek luka menggolek pun luka.


Jadinya biarlah aku memilih jalan kedua agar hubungan sesama insan akan terus berkekalan dan juga aku tidak mahu dimurkai Allah kerana aku menipunya menyatakan semua orang Islam adalah saudara aku, nanti.


Wallahua'lam.


Prolog Tentang Kemanusiaan

(Rangkap 1)
Tuan
hamba berkelana jauh
bersama deru angin empat benua
bersama desir ombak tujuh benua
hanya ingin mencari cerita tentang manusia dan kemanusiaan

(Rangkap 2)
hamba singgah di Lembah Huleh di tebing Laut Mediterranean
tanah subur manusianya hilang kemanusiaan
mereka hauskan merah darah
yang panas ditubuh insan ciptaan al-Rabb

(Rangkap 3)
bersama desir angin Lautan Pasifik
hamba terhantar di bumi cowboy
pencipta segala kemodenan
juga pemusnah segala kemanusiaan
bijak bersandiwara memusnah kemanusiaan dengan matabenda dan bila-bila

(Rangkap 4)

hamba teruskan kelana
ke ujung dunia
dilihat hamba manusia meratah manusia
bila al-nafs menjadi dewa
sejemput makanan lebih utama dari mereka dicipta Pencipta

(Rangkap 5)
kelana hamba teruskan
singgah di Bumi Emas
hamba melihat satu kebalikan
gembala menjadi ternakan
ternakan menjadi tuan
kemanusiaan semakin merapuh

(Rangkap 6)
tiba-tiba hamba menjadi penakut
dan kehilangan bicara
bila nanti dituduh kalian adalah pengkufur pada sebuah kenikmatan.


Abd. Rahim bin Ismail
Kamar Budaya
IPG, Kampus Raja Melewar
22/5/2011

Rabu, 11 Mei 2011

Bicara Bahasa Tuhan



Keculasan menulis dalam blog melingkari diri. Mungkin detik masa dicuri oleh fail-fail kerjaya yang lama berdebu. Mungkin dicuri oleh kasih pada tanggungan. Mungkin dicuri meladeni kehendak kerjaya. Pun juga mungkin dicuri oleh masa libur yang melebehi yang lain. Terlalu sedikit masa untuk berbicara tentang bahasa ketuhanan. Bicara tentang hubungan insan dengan insan, berbicara tentang alam dan keinsanan, berbicara tentang ehsan tuhan kepada makhluk yang melata di buana ini. Terlalu sedikit kita berbicara tentang ajal-maut kita yang semakin hampir. Ringkasnya kita terlalu tidak akrab dengan bahasa ketuhanan. Ingatlah bahasa ketuhanan telah mula berbicara tentang keengkaran insan ciptaannya.




Renung-renunglah bahasa dan kebahasaan tuhan telah mula menegur kita.




Wassalam.

Sabtu, 7 Mei 2011

Di hambat ketakutan diri

Maaf. Culas mencoret. Menunggu ilham menyapa benak. Lalu tercoretlah sebuah coretan. Alkisahnya begini. Kita kenali siapa kita. Pun teman-teman juga begitu. Lalu kita diminta untuk membentangkan kitab kerjaya kita. Kita sendiri tahu. Bagaimana kerjaya kita. Bila sedar diri kita dihambat ketakutan. Takut pada teman-teman, takut pada diri, takut pada organisasi. Yang paling malu dihambat ketakutan kepada Illahi. Pada buana ini kita mampu mengekplotasi kekurangan dengan kehebatan yang telah dikaburkan. Tapi pada buana baqa kehebatan yang dikaburi tidak mampu diselidungi. Sesekali bila disedari hati kecil berkata benarkah apa yang kamu lakukan. Jadinya biarlah dulu kehendak hati berlalu pergi kerana aku tidak mampu menipu diri. Takut-takut esoknya aku terus dihambat ketakuatan itu.


Melalui matahati kitab kerjayaku banyak yang dikaburkan. Hambamu sedar siapa dirinya. terima kasih Tuhan.


Wallahua'lam