Pertamanya aku ingin mengucapkan terima kasih pada semua atas kiriman tanda ingatan aku sebagai murabbi kalian. Kedua aku menghalalkan semua ilmu yang aku ajar titiskan pada kalian. Gunakanlah ilmu itu dalam perjalanan hayat kalian yang masih terlalu panjang untuk diakhiri dengan nokhtah. Gunakan kejalan kebaikan. Mungkin untuk dirimu pun mungkin pada orang lain. Ingatlah ilmu itu air, ia akan berterusan mengalir biar diempang dengan apa sekali pun. Kalau tidak diguna hari ini mungkin akan berguna di lain masa.Ilmu itu ilham Allah kepada insan untuk menyelesaikan 1001 masalah yang dihidangkan oleh Allah juga. Ibarat komputer menternak virus, hanya syarikat itu jugalah yang tahu ubatnya.
Apa pun pabila membaca setiap kiriman tanpa wajah itu ada ingatan yang lampau singgah dibenak diri ini. Bahawa disini terdapat ingatan:
1. bahawa aku pernah berada disini pada satu ketika dulu - kenangan
11. bahawa aku pernah terhutang budi dengan sesiapa sahaja satu waktu dulu - terima kasih
111. bahawa aku pernah menyakiti hati orang disini pada satu waktu dulu - ampunkan aku
1v. bahawa aku kini tahu bahawa aku semakin tua - hanya memburu usia yang tersisa
v. bahawa aku mungkin gagal mengenali kalian kerana perubahan masa - maafkanlah
vi bahawa aku mungkin menjadi orang yang bongkak dan sombonng - tegurilah keterlanjuran
vii. bahawa aku mungkin sering marah-marah - sabarkan aku.
Terima kasih atas ingatan kalian kepada aku, biarpun kadang kala wajah-wajah kalian ingat-ingat lupa oleh aku. Jika ketemu sapa-sapalah agar aku masih mampu mengenang masa lalu bersama kalian.
Terima kasih Tuhan kerana masih menghantar umurku untuk aku melihat indahnya hidup ini.
Wallahua'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan