Bulan diciptakan berpasangan dengan matahari oleh Allah SWT. Jadinya bulan tidak pernah mencemburui matahari. Mereka sering lengkap melengkapi dalam dunia fana ini. Itu adalah kisah benar dan kisah yang hak. Tapi jika tiba-tiba manusia dijadikan bulan dan matahari. Tentu bulan dan matahari akan bergeser
. Bulan tentu akan menyatakan matahari, tidak adil kerana dia diterbitkan waktu siang hari. Biar pun panas, matahari sebenarnya cukup penting kepada insan. Umpamanya waktu hujan mencurah terlalu lama, insan akan menyatakan "alangkah baiknya jika matahari terbit waktu ini." Atau pun insan akan tetap menanti matahari kerana mahu melakukan apa sahaja kerana terbitnya matahari bermakna hari sudah cerah. Bulan memprotes kerana dia hanya mampu terbit dimalam hari. Malam waktu yang sepi. Insan-insan lebih suka bermimpi daripada menanti bulan terbit tinggi. Bulan hanya ditunggu oleh pungguk yang setia atau dara-teruna yang kecewa dalam bercinta. Bulan terbit atau tidak jarang-jarang dinanti manusia. Manusia tidak pernah berinterior monolog pada malam gelap, "alangkah baiknya malam ini bulan menunjuk diri." Itu adalah analogi, bahawa insan tidak pernah puas dengan kehebatan, keistimewaan, keunikan dan kebolehan yang ada. Apa yang dimilki itu adalah anugerah biar pun peratusnya tidak ketingkat 100%. Jadi ketidaksempurnaan itu perlu dicari daripada orang lain. Umpama bulan (yang hak tadi) tetap perlukan matahari untuk meminjamkan cahayanya. Apa yang harus dilakukan ialah jadilah builan dan matahari kerana tanpa yang satu sudah pasti dunia tidak indah lagi.
![Imbang Penuh](http://www.blogger.com/img/blank.gif)
Maaf kerana aku culas menulis dan kini perlu pergi lagi kerana;
Waktu ini kulihat sekeliling,
Lampu padam,
Malam telah lama diam.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan