Kadang-kadang dalam hidup kita tidak mampu meneka tentang satu detik di hadapan kita. Nasib baik atau buruk, sihat atau sakit , miskin atau kaya, sedih atau duka dan sebagainya. Apa pun yang hadir kita adalah pengembara yang pasti akan menuju alam yang satu lagi. Itu adalah takdir kita. Apa pun sebagai insan kita perlu tabah dan menekuninya agar kita mampu menghadapinya dalam keimanan. Dalam juta-juta insan kita telah dipilih oleh-Nya untuk menerima ujian. Setelah ujian kita akan diberikan ganjaran. Ganjaran yang diberi tidak pernah ditunjuk oleh-Nya. Itulah keadilan Allah SWT. Kalau ditunjuki mungkin semua manusia akan membeli kesakitan sebagai satu tanda aras untuk ujian daripada-Nya, seterunya akan mendapat ganjaran. Jadi takat kesabaran kita sebenarnya sedang diuji. Tunggulah jika lulus ujian, ganjaran yang tidak pernah kita jangka pasti akan mampir kepada kita. Itu janji yang total daripada Allah SWT.
Buat sahabat yang sedang diuji oleh -Nya. Kesabaran, keimanan dan kasih sayang anda dan insan disekeliling anda sedang diuji Allah SWT. Angkatlah ujian ini untuk dipelajari semasa mengembara dalam kehidupan yang mendatang. Ujian ini juga memberi ruang untuk sahabat muhasabah diri dan juga menilai siapa kita dimata insan lain. Belajarlah bertanya pada mata hati tentang hal tersebut. Setelah itu barulah sahabat membuat pilihan yang mana mahu dibawa dalam kembara dan yang mana mahu dicicirkan semasa dalam perjalanan.
Aku dari kejauhan hanya mampu menghantar doa semoga cepat sembuh dan esoknya sahabat akan menjadi insan yang lebih kuat daripada semalam.
Wassalam