Ap a b i l a A b a n g Im B e r b i c a r a..........Bicaranya Indah!

Isnin, 1 Februari 2010

Cerita Penukang Resah.

Kerjayaku sebagai tukang. Penukanganku meliputi semua jenis penukangan, daripada rumah hinggalah ke keranda. Kata anggota masyarakat kampungku hasil penukangan karya aku kemas, cantik dan sempurna. Satu detik aku ditanyai anakku. "Ayah, hasil penukangan ayah cantk dan kemas". Aku tidak menjawab tetapi senyum dengan sedikit bangga. Sambungnya lagi"saya bangga menjadi anak ayah kerana masyarakat kampung mengenali ayah situkang keranda." Aku menjawab, 'itu sahaja jasa ayah kepada masyarakat di sini. Anakku terus berdialog , 'ayah kalau ayah dijemput Allah SWT,siapa yang akan menukangi keranda ayah." Aku terkedu dan bermonolog, "aku sebenarnya tidak sempurna kerana masih perlu bergantung kepada orang lain untuk ke alam baqa." Aku sebenarnya resah dengan pertanyaan yang menjangkau akalku sendiri.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan