Semalam aku menemui dan membeli dvd Laskar Pelangi. Dalam hati benarkah filem ini baik untuk ditontoni. Detik 10 malam aku membuka filem ini lalu aku mula mengunyahnya hingga pukul 2.00 pagi. Secara kasarnya filem ini cukup istimewa kerana beberapa perkara iaitu;
1. ia menceritakan kisah kegigihan guru-guru Islam dalam mengekalkan sekolah aliran Islam
biarpun dihimpit oleh aliran moden.
2. ia merupakan kisah benar pengarangnya tentang kepentingan pendidikan pada individu.
3. kegigihan kanak-kanak dalam usaha mencari ilmu
4. berlakunya diskriminasi dalam dunia pendidikan.
5. bagaimana kanak-kanak belajar dalam keadaan daif.
6. didikan agama dan kerohanian hendaklah dijadikan kurikulum teras bukannya sampingan
7. latarnya kepelbagaian-dunia kanak-kanak yang indah dan bebas.
8. kekurangan prasarana bukan penghalang untuk mencari ilmu.
Ringkasnya, bagi saya sukar untuk mencari filem sebaik ini ditanah air kita. Terlalu melankolik sifatnya tetapi disisipkan dengan keberanian, kejujuran, keikhlasan dan menuntut sifat memberi lebih daripada menerima.
Jadi, kesimpulannya ialah filem ini aku bagi lima bintang. Bukan kerana ia telah memenangi anugerah (emas) di Festival Filem di Berlin,Jerman. Tahniah dan syabas untuk filem ini.
Tontonlah filem ini kerana banyak teladan yang boleh dipungut untuk menjadi madu kehidupan.
Wassalam.
Buat teman-teman selamat berbahagia di hari cuti.
jika kita menonton filem, pastikan kita dapt makan filem itu sampai kenyang.. baru kita dapat mesej yg disampaikan oleh pengarang..
BalasPadam