Ap a b i l a A b a n g Im B e r b i c a r a..........Bicaranya Indah!

Jumaat, 19 Februari 2010

Yang Kamal, Yang Jamal

Setiap kejadian di buana ini adalah kerana KamalNya. Melalui kejadian-kejadian itu insan di buana ini melihat JamalNya ciptaan tersebut. Begitulah kejadian kita. Figura badan kita sebenarnya cukup istimewa dan tidak ada spare-part untuk menggantikannya. Daripada keistimewaan yang ada kepada kita itu kadang-kadang tidak mampu kita ukur dengan logik akal. Misalnya kita tidak tahu selama ini kita mempunyai bakat untuk melukis, berpidato, menjahit baju malahan sampai mampu membuat kek. KekuasaanNya itulah menyebabkan kita mampu hidup dengan cukup hebat. Dengan kekuasaanNya jugalah kita dapat melihat sesungguhnya setiap ciptaan itu indah. Kekuasaan dan Keindahan ciptaanNya menyebabkan kita mempunyai takah-takah kehidupan yang sesuai dengan perubahan waktu. Bila kanak-kanak kita hidup cukup bebas tanpa sebarang masalah. Remaja dan dewasa kita mula dipertanggungjawabkan dengan keluarga dan kerjaya. Malah kita dimatangkan oleh masalah yang tindan-tindih datangnya. Tua kita sudah tidak kekar lagi, tapi minda kita cukup hebat kerana mampu memberi penyelesaiaan kepada orang lain, selagi mana kita masih mampu berfikir. Waktu ini juga kita mula melihat dunia ini cukup indah dan adil. Indahnya kerana kita sudah bersedia dengan ekonomi yang kukuh, keturunan yang berjasa dan amal ibadat yang semakin bertambah. Kita mampu beristerahat dengan tenang. Apa yang menjadi semakin indah ialah semasa hayat kita, "kita lebih banyak memberi daripada banyak meminta" Jika ini mampu dilakukan kita adalah insan yang hebat walau pun tanpa anugerah.
Terima kasih, Allah kerana dengan KamalMu(kekuasaanMu) dan JamalMu(keindahanMu) aku bisa hidup hingga kini.
Walallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan