Ap a b i l a A b a n g Im B e r b i c a r a..........Bicaranya Indah!

Ahad, 21 Februari 2010

Usia dan Penyembunyiannya


Memandu di lebuhraya sendirian agak bosan. Tiba di R&R Air Keroh aku berhenti untuk luruskan anggota badan yang kurang selesa kerana lama terdiam. Aku membeli secawan kopi 'o' panas. Kopinya pekat, wangi aromanya. Sedang asyik menikmatinya, tiba-tiba masuk seorang wanita. Cantik, putih, tinggi lampai, rambutnya hitam keperangan dan berpakaian kasual. Sukar untuk menduga usianya. Tiga puluhan atau awal empat puluhan. Aku tertanya-tanya kalau benar ini kecantikan semula jadi bertuah kekasih atau suaminya. Memang mengkagumkan. Aku meneruskan hirupan kopi tanpa lagi menelitinya. Kebetulan dia memilih meja selang sebuah didepanku. Sekali lagi kecantikannya aku teliti. Mukanya bujur sireh dengan bulu mata dan kening yang hitam tebal. Cantik wanita ini. Aku meneruskan hirupan kopi yang setengah cawan tinggalnya sambil meneliti wanita ini diujung mataku. Teliti punya teliti aku melihat tumit kakinya retak seribu bersama urat-urat kaki dan lengan yang timbul jelas. Persepsi usianya mula berubah. Wanita ini bukan berusia 30-an atau awal 40-an tetapi lewat 40-an dan awal 50-an. Aku tersenyum sendiri kerana hari ini aku ditipu mata sendiri. Walau apa pun moral daripada cerita ini ialah wanita cuba menutup usianya yang sebenar. Manakala lelaki cuba menyembunyikan statusnya.

Di sini juga sambil menghabiskan sisa kopi yang suam-suam kuku aku terkenang bedak sejuk ciptaan allahyarhamah ibuku yang kadang-kadang aku curi memakainya untuk menjaga kulit mukaku.


Wassalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan