Setiap kali ketibaan maulidur Rasul/ Hari Keputeraan Nabi Besar kita Muhammad SAW ,aku akan terkenang sewaktu mengajar Tamadun Islam kepada calon-calon STPM. Aku akan bercerita kepada para pelajar Islam dan bukan Islam tentang keistimewaan Nabi Muhammad SAW.Bukan sahaja daripada aspek spritual sahaja tetapi secara visual pun memang baginda cukup istimewa. Keistimewaan baginda dapat diteliti seperti di bawah:-
1. Baginda dilahirkan pada tahun gajah. Tahun gajah ini tidak pernah ada dalam mana-mana
kalendar di dunia ini. Tak percaya boleh selidiki. Ini bermakna baginda secara berseorangan
yang lahir pada tahun itu. Tidak ada inidividu yang lain.
2. Nabi Muhammad SAW secara individu juga disambut kelahirannya walau pun baginda telah
wafat 1431 hijrah yang lalu. Secara kasarnya atuk kita meninggal adakah kita masih
menyambut kelahiran beliau. Tidak bukan.
3. Diakui oleh penulis-penulis barat bahawa Nabi Muhammad SAW adalah insan yang istimewa.
Malah dalam dalam buku 100 orang tokoh terkenal didunia, baginda berada dinombor wahid.
4. Alam turut akui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah istimewa kerana alam dan makhluk
bukan manusia turut berterima kasih kepada kelahiran itu.
5.Beliau insan yang mula menggunakan nama Muhammad yang membawa maksud terpuji.
6.Sama ada kita sedar atau tidak pengakuan bahawa Muhammad akan menjadi Rasul terakhir kepada umat manusia di dunia ini telah dilakukan terlebih dahulu oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi. Hal ini jelas kerana ketika Muhammad berniaga di Sham, baginda telah diakui oleh paderi Yahudi yang bernama Buhaira bahawa baginda akan menjadi Rasul untuk umat akhir zaman. Sewaktu Siti Khadijah bertanyakan kenapa Muhammad demam setelah pulang daripada Gua Hira' kepada bapa saudaranya Warqah bin Nuafal, Warqah mengatakan bahawa Muhammad telah menerima wahyu daripada Allah SWT dan telah dilantik menjadi Rasul. Jadi Muhammad sebagai Rasul diakui terlebih dahulu oleh para paderi Yahudi dan Kristian sebelum agama Ialam berkembang di Mekah lagi. Di sini baginda sebenarnya cukup istimewa kerana telah pun diketahui kedatangannya dalam Taurat dan Injil.
Jadi sebagai umatnya, aku amat berterima kasih kerana terpilih untuk memeluk agama Islam.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan