Bangsa kita atau bangsa Melayu semakin lekang daripada budaya kita. Walau pun tidak semua tetapi kebanyakannya sudah mula meninggalkannya. Tak ramai orang muda menghiraukan alim ulama' dalam masyarakat kita. Jarang-jarang kita lihat orang muda melingkungi alim ulama' untuk belajar agama di masjid-masjid. Mereka sembahyang tetapi selepas itu mereka bangun dan hilang dengan arah masing-masing. Mereka lebih suka berada di kedai-kedai mamak untuk menonton gambar yang ditayangkan pada skrin besar. Ibubapa lebih suka berhabis untuk menyediakan kemudahan media elektronik (tv,lcd) daripada kelengkapan pendidikan. Malahan ada ibubapa yang sanggup menangis teresak-esak jika anak gagal dalam pertandingan nyanyian. Sebaliknya mereka tidak kecewa jika anak gagal dalam peperiksaan. Inilah natijahnya budaya hedonisme (memuja artis dan arus moden). Jadi kita diindoktrinasikan oleh barat dengan cara memberikan apa sahaja bentuk hiburan. Tujuannya ialah untuk melalaikan umat Islam. Ini wahana orang barat (yang bukan Islam) berusaha meruntukan kekebalan penganut agama Islam. Hal ini sebenarnya selari dengan apa yang telah diusahakan oleh Snouck Hugronje dalam usaha memecak belahkan penganut Islam di Indonesia (lihat bukunya Islam di Indonesia). Katanya "Islam tidak boleh ditanggalkan daripada umat Islam kerana Islam berada di dalam dada setiap umatnya. Cara untuk menanggalkannya ialah dengan memberikan hiburan agar mereka melupai Islam." Lihat sahaja apa yang AS buat di Iraq. Setelah Saddam Hussain ditewaskan, masyarakat Iraq ditaburkan dengan filem-filem Hollywood. Adakah kita sedar atau tidak tentang budaya ini. Siapakah yang menjadi model ikutan anak-anak kita ?
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan