Ap a b i l a A b a n g Im B e r b i c a r a..........Bicaranya Indah!

Sabtu, 6 Februari 2010

Kehadiran dan kehilangan

Sebagai insan yang diciptakan, kita akan bermonolog tentang diri sendiri. Kehadiran kita adakah bertepatan dengan masa yang sesuai atau pun hadir kita pada masa dan suasana yang tidak tepat. Lalu kita tertanya-tanya pada diri perlukah kita disini. Apabila kita berinsut pergi kita seperti diperlukan. Jadi kita berkonflik antara kehadiran dan kehilangan. Itu yang berlaku kepada insan seperti kita. Peristiwa ini berlaku bila kita berhadapan dengan situasi sahabat yang dulunya cukup akrab dengan kita. Lalu pada satu masa kita memerlukan sedikit pertolongan daripada dia. Apabila kita bersemuka dengan dia dibilik hawa dinginnya, dia acuh tak acuh sahaja dengan kehadiran kita. Lalu kita angkat kaki dengan seribu pertanyaan adakah kehadiran kita tidak tepat pada masanya. Pada malamnya dia SMS sambil bertanya kenapa kita bingkas pulang daripada biliknya. Apakah jawapan anda pada situasi ini. Ringkasnya jawapan ini cukup mudah apabila kita hadir kita tidak dihargai tetapi apabila kita tiada lagi, baru kita dihargai. Itulah kita yang bernama insan yang bermaksud sering lupa. (baca catatan ini berpandu kehidupan kita)
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan