Ap a b i l a A b a n g Im B e r b i c a r a..........Bicaranya Indah!

Ahad, 7 Februari 2010

Kepuasan. Apa yang dapat ditakrifkan dengannya. Ada orang berasa cukup puas bila dapat makanan yang cukup digemarinya. Ada pula yang puas kerana dapat memiliki material yang amat diingininya seperti emas, rumah besar, kereta besar dan isteri yang cantik. Hasil daripada itu juga ada teman-teman bertanya kepada saya apa kepuasan kalau dapat menulis sajak. Lalu saya gambarkan kepuasan itu bersandarkan pengalaman saya iaitu:-


1. bila dapat menulis untaian-untaian sajak yang cukup puitis bahasanya.


2. terselit di dalamnya amanat yang mahu disampaikan kepada pembaca.


3. apabila ia diterbitkan oleh akhbar dan majalah walau pun tanpa bayaran.


4. dibaca oleh anak-anak kita sendiri dan teman-teman.


5. dapat membongkar rahsia Allah SWT melalui alam.





"Itulah kepuasan bagi saya", kataku kepada teman. Teman-teman mengelengkan kepala kerana menyatakan orang sastera suka berkhayal. Benar atau tidak terpulang kepada mereka. Bagi saya melalui penulisanlah saya dapat menyampailkan apa yang patutnya saya sampaikan. Ini kerana saya berpegang kepada hadith Nabi SAW "sampaikanlah walaupun sepotong ayat."



Wallahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan