Ap a b i l a A b a n g Im B e r b i c a r a..........Bicaranya Indah!

Rabu, 10 Februari 2010

Tukang Sapu dan Sebatang Pohon

Biarlah tukang sapu itu aku namakan kakak saja. Lebih sopan bunyinya. Setiap pagi kakak itu akan tiba cukup awal untuk menjalan tugas. Tugasnya berlanjutan hingga pukul lima petang. ini bermakna dia lebih awal tiba untuk bertugas daripada aku. Biarpun tempat kami bertugas tidak sama. Tapi aku mesti melalui jalan tempat dia bertugas. Kakak ini bertugas di bunglow seorang pengarah syarikat yang terkenal. Dia cukup setia. Katanya "kakak dah berkerja di sini sebelum bos ini datang lagi."Tangannya cukup cermat mengaut daun-daun kering, rumput-rumput yang merosakan pandangan mata dia. Rutinnya begitulah. Datangnya sebelum embun kering dan pulangnya sewaktu matahari mula menyelak kelambu malam. Namun rutin kakak ini bertukar bila bos baru ini tidak lagi gemar bunglownya dikelilingi pepohonan hijau. Separuh halaman bunglow tersebut dibatukan. Kini yang tinggal hanya pohon-pohon renek yang hanya perlu dibela dua minggu sekali. Ringkasnya kakak ini mula walang kerana sebatang pohon hilang bermakna rezekinya turut hilang. Akhirnya kakak ini tidak lagi kutemui. Yang ada cuma penyapu dan bekas plastik air yang masih tergantung di penjuru pagar. Pohon tempat dia sering beristerahat sudah tiada. Peristiwa ini menjadi denyut hayat aku kerana biar sebatang pohon ciptaan Allah SWT itu ada manfaatnya. Cuma kita sedar atau tidak, itu sahaja.
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan