Kadang-kadang masa senggang yang ada adalah masalah kepada kita.Kalau dulu masa ini tidak pernah ada. Kita ke kebun, ke sawah atau pun ke laut. Tapi dengan kerjaya yang ada, masa senggang kadang kala mendatangkan masalah untuk di isi. Waktu pagi selepas subuh kita tidak tahu apa nak dilakukan. Paling-paling tidak kita hanya cuci kereta atau pun kepasar. Pulang tak tahu nak diisi lagi. Habis-habis ontok depan tv atau membawa anak-anak bersiar-siar/ berjogging. Tapi tidak setiap minggu, bukan. Jadi apa hendak di buat dengan masa yang ada. Bukan apa takut nanti disoal oleh Allah SWT apa kita buat dengan masa yang ada. Kita juga akan dituduh nanti sebagai kufur nikmat. Pening-pening.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan