Usia kita semakin tua. Buktinya mudah. Rambut berubah warna daripada hitam ke putih atau badan yang dulunya mantap tapi kini semakin mengendur. Cuma kini kita semakin mencari Allah SWT. Semakin digoncang oleh kenangan-kenangan silam yang bertumpang tindih datangnya dengan kesibukan sebagai ibu dan bapa. Kadang kala kita terkenang kembali mereka yang kuat menyokong kita sehingga berjaya berada di tahap sekarang. Sedangkan mereka yang menyokong kita masih seperti dulu. Berada di kampung dan masih bekerja sebagai pekebun,penoreh mahu pun pesawah. Kita kini berada di bilik berhawa dingin yang luasnya sama dengan ruang tamu rumah mereka yang menyokong kita dahulu. Kita jarang-jarang menjenguk mereka kerana kesibukan yang mungkin terpaksa atau pun mungkin kita kini malu melihat sawah,pokok getah malahan laut Jadi kadang-kadang kita mula menjadi kacang lupakan kulit. Atas alasan itu kita mula menjarak diri daripada mereka. Pulang pun hanya pada cuti yang tercatat dalam kalendar sahaja. Lebihnya kita suka berada di kota metropolitan yang banyak pura-pura.
Biar pun kekayaan kita bergedung satu detik pun kita tidak mampu menghapuskan pertolongan yang dihulurkan oleh mereka didesa. Waktu akan menentukan sama ada benar atau tidak bahawa semakin mengisut tua kenangan lama semakin mendesak jiwa. Lalu kita akan menjadi pengembara yang mencari jalan pulang.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan